Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dewan benar usul tergempar bahas radiasi loji ARE

Dewan Rakyat meluluskan usul tergempar untuk membahaskan dakwaan tahap radiasi berlebihan di sekeliling loji tinggal Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah dan tapak pelupusan sisa kekal di Bukit Kledang, di Ipoh.

NONE Usul yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam, akan dibahaskan selama sejam pada 4.30 petang ini.

Usul Fong memetik pergerakan alam sekitar Selamatkan Malaysia Stop Lynas (SMSL) bahawa tahap radiasi di kilang Mitsubishi Chemical, yang ditinggalkan hampir dua dekad lalu, masih merbahaya bagi kesihatan awam.

Menurut SMSL, bacaan radiasi berhampiran loji tersebut adalah sekitar 0.19 microsievert sejam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan itu ialah sekitar 0.2 microsievert sejam.

Kedua-dua bacaan itu, jika dikira pada nilai radiasi setahun, adalah di luar tahap selamat 1 milisievert setahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

F pandikar amin mulia ukec student summit ong menegaskan bahawa bacaan itu bercanggah dengan jaminan AELB, yang diberi awal bulan ini, bahawa tapak ARE itu adalah cukup selamat untuk ditukar menjadi taman awam apabila tapak pelupusan sisa Bukit Kledang dikedap sepenuhnya yang dijangka siap tahun depan.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia (kiri) dalam reaksinya

terhadap kritikan pembangkang bahawa beliau sering menolak usul yang dibentangkan mereka, dengan selamba berkata: "Saya ingin menambah, setiapkali saya tolak usul di bawah Perintah Tetap 18 (1) keputusan saya sering dipertikaikan, tetapi kali ini saya tidak mempertikai usul itu kerana saya amat berpuas hati di bawah Tetap 18 (2).

 

[Baca berita penuh]

ADS