Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan injuksi lupus ekuiti Felda Holdings ditangguh
Diterbitkan:  Mar 22, 2012 4:36 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menangguh sehingga 2 April ini keputusan injunksi yang dipohon oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Peguam Mohd Haris Abdullah yang mewakili kumpulan peneroka itu, ketika ditemui pemberita berkata penangguhan keputusan itu bagi memberi laluan kepada pihak mahkamah dan pihaknya meneliti semula penghujahan kes tersebut.

"Walaupun mahkamah berkata tiada isu untuk dibicarakan, tetapi kami tetap ingin tahu mengapa KPF nak 'menyentuh' wang kami sebanyak RM3.13 bilion. Itu adalah satu poin penting.

"Pada tarikh itu nanti kami akan membentangkan hujah kami secara lisan," katanya yang ditemui selepas penghujahan dalam kamar selama satu jam setengah.

Pada Februari lepas Mahkamah tersebut membenarkan injunksi interim bagi melarang KPF melupuskan ekuitinya kepada FGVH.

Sekiranya injunksi itu gagal diketepikan, Felda kemungkinan besar akan membuat penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia yang telah ditunda ke Jun ini tanpa KPF.

- Bernama

ADS