Ribuan ahli akar umbi Wanita Umno hari ini turun ke Kuala Lumpur bagi mendengar penjelasan daripada ketua mereka Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang merancang meletakkan jawatannya sebagai menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat kerana terpalit dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki anggota keluarganya.

NONE Beberapa kumpulan tanpa silu menggunakan peluang bagi menyatakan sokongan terbuka kepada Shahrizat dengan "Hidup Shahrizat" dan "Kami sayang Shahrizat".

Mereka juga membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera tulisan “Kami menyokong penuh kepimpinan Shahrizat" dan "Shahrizat, teruskan perjuangan, kami akan terus menyokong anda".

Semalam, Timbalan Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim mengeluarkan kenyataan perletakan jawatan Shahrizat daripada kabinet adalah tidak memadai, dan bahawa beliau juga perlu berundur daripada memimpin pergerakan wanita itu.

Namun, kumpulan yang mahu Shahrizat berundur itu agak senyap pada mesyuarat hari ini.

Kedua-dua Shahrizat dan Kamilia dibawa ke sebuah bilik sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selaku presiden Umno tiba pada pukul 3.30 petang untuk mesyuarat kira-kira sepuluh minit.

NONE Ketiga-tiga mereka kemudian berjalan di atas permaidani merah menuju ke dewan utama di mana kira-kira 7,000 ahli sedang menunggu untuk mendengar penjelasan mereka.

Sepanjang jalan, Kamilia memakai muka perasaan sebagai penyokong yang selari di sebelah laluan dan melaungkan "Kami suka Shahrizat".

Majlis tertutup ini adalah usaha oleh Najib bagi mengelakkan sayap Wanita itu berpecah menjelang pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

[Baca berita penuh]