Kerajaan Pulau Pinang didakwa mengutamakan pelabur serta tidak menjalankan tanggungjawab yang memuaskan terhadap rakyatnya dan NGO.

Presiden Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George berkata, pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng itu tidak memenuhi tuntutan pembangunan lestari masa depan yang diikrarkannya.

"Jika saya mahu nilai (prestasi kerajaan negeri), saya hanya akan berikan empat mata daripada 10," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang, semalam.

Jacob berkata, keputusan itu diperolehi berdasarkan kajian soal selidik, temubual bersama penjaja, nelayan, penumpang bas dan penduduk Pulau Pinang selama tiga hari.

Tambahnya lagi, pasukannya kini sedang mengadakan siri jelajah di semua negeri bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat agar dapat membuat pilihan tepat menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun.

[Baca berita penuh]