Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH tawar bantuan guaman untuk siswa T'ganu
Diterbitkan:  Mar 25, 2012 10:45 AM
Dikemaskini: 7:51 AM

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH) menawarkan bantuan guaman bagi membantu enam mahasiswa di Mesir yang biasiswanya ditarik balik kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 dan menentang akta Universiti dan Kojej Universiti (AUKU).

"BERSIH menyeru kepada kerajaan negeri yang lain untuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar ini dan keluarga mereka.

"Tindakan kerajaan negeri ini bukan sahaja menghukum pelajar tetapi turut menghukum keluarga mereka," kata kenyataan media bersama kesemua jawatankuasa pemandunya.

bersih rally july 9 crowd face-off with police 1 Menteri besar pada 18 Mac lalu berkata, kerajaan Terengganu menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir selepas didapati terlibat dalam perhimpunan di ibu negara tahun lalu.

Menurut Ahmad, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.

BERSIH juga mengecam tindakan kerajaan Terengganu itu kerana ia didakwa bukan sahaja menindas malah melanggar hak pelajar untuk berhimpun secara aman seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Lebih pentang, ia tidak masuk akal, lebih-lebih lagi ketika perdana menteri baru-baru ini mengumumkan usaha kerajaan untuk meliberalisasikan perkara berkaitan perhimpunan awam," kata kenyataan itu.

ADS