Pemuda MCA adakan perhimpunan 'anti-keganasan'
Kira-kira 60 ahli Pemuda MCA Selangor diadakan perhimpunan aman "anti-keganasan" di tempat letak kereta di hadapan bangunan Dong Zong di Kajang petang semalam.
Perhimpunan, yang diketuai oleh Ketua Pemuda MCA Selangor, Kow
Cheong Wei, diadakan sebagai reaksi kepada dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong yang beliau telah diserang semasa perhimpunan "Selamatkan Pendidikan Cina" di Kolej New Era di Kajang Ahad lepas.
Perhimpunan tersebut bermula sekitar jam 7.20 petang dan berakhir kira-kira sejam kemudian. Kebanyakan peserta yang berpakaian putih, warna rasmi untuk MCA, membawa kain rentang serta melaungkan "peace" dan "tiada keganasan".
Terdapat kira-kira 30 anggota polis berada di tempat kejadian untuk mengawal ketenteraman, dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Wee digambarkan menyentuh pipi kirinya selepas didakwa hampir ditumbuk oleh seorang peserta di tersebut, dan beliau kemudian mendakwa ditumbuk oleh orang berkenaan.
Walaupun pihak polis mendakwa Wee tidak diserang, tetapi timbalan
menteri itu bertegas bahawa beliau merasa sentuhan dan dapat mengenal pasti penyerangnya itu.
Bagaimanapun, Wee yang enggan membuat laporan polis, berkata beliau telah memaafkan penyerang tersebut dan mahu perkara itu berlalu.
Seorang pesara berusia 65 tahun yang didakwa melepaskan tumbukan tersebut, Lee Siak Taa, telah menafikan dakwaan tersebut dan membuat laporan polis semalam, meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

