Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr M: Sukar untuk ramal keputusan p'raya
Diterbitkan:  Mar 29, 2012 7:40 PM
Dikemaskini: 12:58 PM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".

Katanya, pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

- Bernama

ADS