Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS dedah 'pasukan khas' ambil rakyat asing jadi pengundi
Diterbitkan:  Apr 4, 2012 5:54 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE Mahfuz dipetik oleh organ rasmi PAS Harakahdaily menamakan seorang pembantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan pegawai-pegawai kanan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Nama-nama mereka tidak disiarkan oleh Malaysiakini sementara menunggu pengesahan.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN," katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Berikutan itu, beliau mendesak kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu, tambahnya, boleh memanggil mereka yang terlibat.

Ketika ditemui kemudian, Mahfuz enggan mendedahkan bagaimana beliau mendapat maklumat tersebut.

"Ini adalah maklumat yang diperolehi dari dalam," jawab Mahfuz.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ridhuan Mohd Nor berkata dakwaan itu "amat serius" dan melibatkan integriti serta kedaulatan negara.

Tahun lepas, aktivis PAS telah mengesan bas yang membawa warga asing di sebuah resort di Sungai Merab, yang dikatakan sebahagian penipuan MyKad.

Polis, bagaimanapun, mendakwa bahawa warga asing berada di sana untuk kursus keusahawanan.

Laporan tambahan oleh S Pathmawathy di Parlimen.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS