mk-logo
Berita
Rekod kata sudah mati tapi pengundi masih hidup

Seorang lelaki, Ho Heng Tong terkejut apabila semakan di laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan namanya telah dikeluarkan daripada daftar pengundi kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekod namanya sebagai seorang yang telah meninggal dunia.

Ho, 53, yang membuat laporan polis berhubung perkara itu bagaimanapun gagal mendaftar sebagai pengundi sekali lagi apabila cuba berbuat demikian di pejabat pos kerana rekod beliau dikatakan sudah wujud dalam sistem.

Perkara itu didedahkan MP Subang, R Sivarasa yang berkata, pengundi di kawasannya itu telah mengundi sebanyak enam kali sebelum diisytiharkan meninggal dunia mengikut rekod berkenaan.

Katanya, Ho telah mengunjungi ke pejabat SPR Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk membuktikan bahawa beliau masih hidup dan untuk menuntut supaya namanya dikekalkan dalam daftar pemilih.

Sivarasa berkata, walau SPR mengakui bahawa Ho masih hidup, pegawai suruhanjaya itu bagaimanapun tetap meminta lelaki tersebut supaya mendaftar sebagai pengundi baru.

Setelah beliau menemani Ho untuk bersemuka dengan SPR sekali lagi, barulah suruhanjaya itu mengalah dan membenarkan status lelaki tersebut dikekalkan sebagai pengundi di kawasan parlimen Subang, katanya.

Sivarasa berkata demikian dalam satu sidang media di bangunan parlimen.

[Baca berita penuh]

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS