KP AELB nafi sembunyi maklumat lesen tambahan pada Lynas
Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan, menafikan beliau menyembunyikan maklumat mengenai dua lesen tambahan yang diberikan kepada Loji Lynas Advanced Material Plant (Lampu), selain lesen operasi sementara.
Sebaliknya, beliau menyalahkan media kerana tidak pernah bertanya kepadanya mengenai lesen-lesen tersebut, iaitu lesen Kelas E untuk mengimport bahan mentah, dan lesen Kelas G untuk penyimpanan sisa.
"Saya sentiasa menjawab soalan anda. Apabila anda bertanya tentang lesen operasi, saya jawab ... Tetapi anda tidak pernah bertanya kepada saya mengenai dua (lesen) lagi.
"Jika anda tanya, saya akan jawab," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak menyembunyikan sebarang maklumat.
Apabila ditanya sama ada media dan orang ramai pernah diberitahu mengenai pengeluaran dua lesen tersebut, beliau hanya menjawab, beliau telah menerangkan dengan jelas dalam afidavitnya.
Sepuluh Kuantan penduduk telah memohon kebenaran untuk semakan kehakiman berhubung TOL yang diberikan kepada LAMP oleh AELB.
Bulan lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Rohana Yusof mengarahkan lembaga itu memfailkan afidavit untuk menerangkan skop lesen tersebut.
Afidavit Raja Abdul Aziz semalam menyatakan bahawa lembaga itu juga mengeluarkan dua lesen tambahan kepada Lynas di samping TOL.
Bagaimanapun, beliau juga menekankan bahawa lesen-lesen tersebut belum lagi dikeluarkan kepada Lynas.
Raja Abdul Aziz menjelaskan bahawa dua lesen tersebut adalah "consequential licences" yang diberikan bersama dengan TOL.
Menurutnya lagi, jika lesen Kelas E dan Lesen Kelas G diberikan tanpa lesen Kelas A, "mereka tidak boleh berbuat apa-apa".
Beliau juga menjelaskan bahawa Lynas tidak memohon untuk dua lesen tersebut tetapi ia adalah keputusan lembaga tersebut untuk memberikannya bersama dengan TOL.
[Baca berita penuh]

