Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin MCA, DAP bertekak depan pejabat SPRM
Diterbitkan:  Apr 10, 2012 4:18 PM
Dikemaskini: 8:22 AM

Wakil MCA dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dilihat bertengkar di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam pada Selasa ketika masing-masing hadir berhubung isu sebuah tapak padang bola sepak di Sungai Way.

Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku Kelvin Chong Seng Foo dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San yang keluar daripada lif menuju ke pejabat SPRM bertekak kira-kira 15 minit di hadapan wakil media sebelum Chong masuk ke pejabat SPRM.

Ketika ditemui pemberita, Chong berkata beliau datang membuat laporan dan meminta SPRM menyiasat isu pembinaan projek komersial di atas tapak padang berkenaan yang dikatakan melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Saya telah menyerahkan beberapa bukti kepada SPRM tetapi dinasihatkan supaya tidak mendedahkannya. Saya berani kerana benar dan berharap satu siasatan terperinci dapat dibuat," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS