Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH 3.0: Jangan hanya beri alasan, kata penganjur

Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berharap pihak berkuasa tidak memberi layanan sama seperti ketika perhimpunan sama dirancang untuk diadakan pada 9 Julai lalu.

Pengerusi bersama penganjur berkenaan, Ambiga Sreeenevasan berkata, BERSIH 2.0 melihat percanggahan dalam kelulusan yang diberikan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya lagi, pada masa yang sama, penganjur diberi nasihat untuk mendapatkan kebenaran bagi menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan itu.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ambiga berkata BERSIH 2.0 berharap mereka tidak hanya diberikan alasan pada kali ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mencadangkan supaya lokasi yang lebih sesuai dipilih untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz pula berkata perhimpunan itu boleh diteruskan namun perlu mendapat kebenaran daripada pemilik Dataran Merdeka.

Dataran Merdeka diselenggara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]

ADS