Kempen berasas maklumat salah, kata bos Lynas
Pengerusi Eksekutif Lynas Nicholas Curtis berkata, kontroversi sekitar pusat pemprosesan nadir bumi di Kuantan akan menjejaskan reputasi pelaburan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Beliau juga mengalu-alukan keputusan mahkamah menolak semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng terhadap tindakan Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).
"Kerajaan Malaysia mesti berupaya memberikan kepastian kepada rakyat Malaysia dan dunia perniagaan antarabangsa bahawa mereka tidak akan dikecewakan oleh kempen melambat-lambatkan apabila sesebuah syarikat itu melengkapkan pratakrif dan proses kelulusan peraturan ketat kerajaan Malaysia," katanya.
Curtis ( kanan ) menyifatkan "kempen politik teratur" itu dibuat berdasarkan maklumat salah dan hanya mensabotaj proses sains dan peraturan di Malaysia.
"Sejak projek itu mula-mula diluluskan pada tahun 2007, LAMP telah tertakluk kepada tahap tertinggi pemerhatian dan komen awam.
"Ia telah dikaji semula dan menerima kelulusan daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia dan setiap kotak keselamatan telah ditandakan.
"Jadi, amat mengecewakan apabila tahap keselamatan dengan standard tinggi yang disepadukan untuk melindungi orang awam dan alam sekitar tidak diendahkan segelintir pihak. LAMP selamat dan kami tidak sabar menunggu hari ia diiktiraf," katanya.
[Baca berita penuh]

