Tindakan mahkamah untuk peserta yang tidak sertai PLKN
Tindakan undang-undang akan diambil keatas kira-kira 10,000 peserta yang tidak melaporkan diri ke Program Latihan Khidmat Negara, kata pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Profesor Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd Basir hari ini.
Tindakan undang-undang akan diambil keatas kira-kira 10,000 peserta yang tidak melaporkan diri ke Program Latihan Khidmat Negara, kata pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Profesor Datuk Dr Ahmad Fawzi Mohd Basir hari ini.
"Senarai nama mereka telah diserahkan kepada jabatan undang-undang majlis tersebut untuk tindakan seterusnya," kata beliau.
Tindakan yang boleh dikenakan keatas peserta-peserta ini ialah hukuman penjara selama enam bulan atau denda sebanyak RM3,000 atau kedua-duanya.
Para peserta yang tidak melaporkan diri ini terdiri daripada mereka yang gagal dihubungi serta mereka yang tidak menghadiri PLKN, kata beliau.
Mereka ini adalah antara 85,000 daripada 450,000 remaja berusia 17 hingga 18 tahun yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2003 yang dipilih secara rawak untuk menyertai PLKN bagi tahun 2004.
Ahmad memberitahu perkara ini kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pagi tadi.
Pemantauan
Beliau turut berkata pihaknya juga bercadang memperbesarkan elemen najirat (pemantauan) mengikut zon latihan dan membuat pemantauan di setiap kem untuk memudahkan pihaknya bertindak segera bagi menyelesaikan sebarang masalah.
Mesyuarat pagi tadi turut membincangkan beberapa masalah displin yang melanda di beberapa kem latihan baru-baru ini.
"Memang berlaku kejadian buli membuli diantara peserta and pihak kami telah menjumpai beberapa peralatan yang tajam yang boleh membawa kepada kecederaan," katanya.
Namun beliau menafikan berlakunya pergaduhan yang berunsur perkauman di kalangan peserta.
Kem khas
Kata beliau, majlis tersebut telah mengambil keputusan untuk menubuhkan satu kem khas khusus untuk peserta yang mempunyai masalah displin.
"Ini juga akan mengurangkan kebimbangan ibubapa kerana peserta yang bermasalah telah diasingkan dari peserta yang lain."
Menurut beliau lagi, peserta yang diletakkan dibawah kem khas itu akan diberi tumpuan yang lebih, terutamanya dalam bidang kaunseling.
Setakat ini seramai 100 orang peserta telah dikenalpasti sebagai mereka yang bermasalah dan mereka akan di hantar ke kem khas sebaik sahaja ibubapa mereka dimaklumkan.
Program khidmat negara ini dilancarkan pada 16 Februari lalu bertujuan untuk menggalak keharmonian kaum dan rasa patriotik terhadap negara.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.