Timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menuntut satu laman blog supaya menarik balik satu tulisan yang didakwa menggambarkan Ketua Beliawanis MCA dalam keadaan tidak senonoh.

Laporan Bernama memetik Liow menuntut pengendali blog suarakeadilanmalaysia.wordpress.com supaya memohon maaf kepada Tee Hooi Ling.

"Ini menunjukkan bagaimana politik boleh menjadi kotor, menggunakan pelbagai cara untuk memburukkan nama baik seseorang," katanya.

Liow yang juga Menteri Kesihatan dilaporkan kesal dengan penulisan artikel tersebut yang berunsur fitnah selain memaparkan gambar-gambar lucah mengenai Tee dengan seorang lelaki.

Katanya, taktik kotor seumpama itu tidak boleh diterima sama sekali.

Tee, katanya, adalah seorang yang kuat bekerja dan komited terhadap perjuangan parti serta mendapat sokongan penduduk setempat di kawasan Klang.