Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mendedahkan rakaman video oleh pasukan tersebut yang didakwa membuktikan kelakuan agresif peserta perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada hari Sabtu lalu.

Rakaman tersebut yang ditayangkan kepada petugas media hari ini antara lainnya menunjukkan kejadian kontroversi di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang menyebabkan sebuah kereta polis dirosakkan peserta perhimpunan.

dataran breach barricade cordon 290412 police pix Rakaman sepanjang tujuh minit 17 saat itu juga menunjukkan kejadian di sekitar Dataran Merdeka ketika kumpulan peserta memecahkan halangan polis, dan juga kejadian peserta merempuh pihak polis di Jalan Ampang.

Rakaman di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu pada awalnya menunjukkan ahli jawatankuasa penganjur perhimpunan Wong Chin Huat memberi ucapan ringkas apabila sebuah kenderaan Proton Waja polis muncul dan kemudiannya dikerumuni peserta perhimpunan.

Kumpulan peserta itu juga dilihat menendang dan melontar objek ke arah kenderaan tersebut yang kemudiannya terbabas dan melanggar tembok di hadapan sebuah pusat membeli belah.

Rakaman bertajuk Tayangan Video Perhimpunan Bersih 3. 0 itu juga menunjukkan peserta perhimpunan berkenaan mengangkat kenderaan tersebut pada satu sisi.

NONE "Saya ada bukti di bawah kereta itu tidak ada orang," kata Ismail ketika menunjukkan rakaman tersebut di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Beliau mengulas laporan media sebelum ini bahawa peserta berkenaan bertindak demikian kerana menyangka terdapat individu yang terperangkap di bawah kenderaan tersebut.

Selain itu, rakaman yang disunting itu juga menunjukkan pimpinan PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan tersenyum ketika berada persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja.

dataran breach barricade cordon 290412 Seterusnya, rakaman tersebut menunjukkan kumpulan peserta merempuh penghadang polis dan bergerak ke Dataran Merdeka yang dikawal pasukan itu.

Ismail berkata dengan bukti rakaman video yang ditunjukkan itu, berserta bukti-bukti lain menunjukkan anggotanya telah bertindak dengan cekap dan berhemah dalam mengawal perhimpunan tersebut.

Tambahnya, polis juga hanya duduk dan memerhatikan tindakan peserta berkenaan selama lebih kurang empat jam tanpa mengambil apa-apa tindakan – sehinggalah rempuhan itu berlaku.

"Kita telah duduk disitu dan memerhati lebih kurang empat jam. Kita tidak kacau. Tetapi kita bertindak bila mereka dah mula rempuh penghadang.

"Jika tindakan tidak diambil untuk menyuraikan orang ramai, pertembungan boleh berlaku dan keadaan akan menjadi jauh lebih berbahaya bagi kedua-dua pihak.

"Semua yang berlaku adalah satu kesalahan merusuh. Selain itu, mereka juga melanggar perintah mahkamah dan undang-undang yang lain juga," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS