BERITA Malaysiakini

Azmin: Dakwaan seks timbul sebab BERSIH 3.0

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Timbalan presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan melalui penyiaran gambar lucah blog pro-umno – didakwa menunjukkan perbuatan seks beliau dengan seorang wanita

NONE "Saya mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai Umno yang memetik sumber blog pro-Umno," katanya.

Jelasnya, modus operandi tersebut sama dengan tindakan trio Datuk T mendedahkan rakaman video yang didakwa menunjukkan individu mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu.

Tambahnya, dakwaan ke atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya.

NONE Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.

"Namun Umno masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata," katanya.

Beliau juga percaya fitnah melalui gambar lucah itu ditimbulkan kali untuk untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu penipuan pilihan raya dan dan penyelewengan dana awam yang dibawa melalui perhimpunan BERSIH 3.0.

Gambar lucah itu antaranya disiarkan blog penyokong Umno seperti papagomo.com.