Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Jangan perlekeh PAS di Kelantan
Diterbitkan:  May 5, 2012 11:03 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan persiapan jentera BN Kelantan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Najib yang juga pengerusi BN, melahirkan rasa puas hatinya itu semasa menghadiri perjumpaan dengan pemimpin parti komponen BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Baharu.

Perjumpaan setengah jam itu, merupakan acara terakhir perdana menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, hari ini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib juga menyatakan keyakinan beliau bahawa BN mampu menawan semula Kelantan daripada pemerintahan PAS pada PRU kali ini.

Beliau berkata perdana menteri mahu jentera parti BN menguatkan perpaduan di kalangan mereka bagi memastikan kemenangan BN.

"Pada masa sama, beliau juga tidak mahu anggota BN memperlekehkan parti lawan PAS di Kelantan kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri kerana lama mentadbir negeri ini," katanya.

Ditanya sama ada Najib menyentuh soal senarai calon pada PRU-13, Mustapa berkata Najib berharap anggota parti menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan.

- Bernama

ADS