Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kabinet setuju tubuh RCI PATI Sabah
Diterbitkan:  May 8, 2012 11:00 AM
Dikemaskini: 3:03 AM

Jemaah menteri telah bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah pada 8 Februari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata berikutan itu, kerajaan sudah memulakan proses bagi menyediakan terma rujukan suruhanjaya siasatan tersebut.

Bagi memastikan semua masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah ini dapat diselesaikan secara komprehensif, maka terma-terma rujukan suruhanjaya itu perlulah menyeluruh dan tidak hanya terhad kepada aspek siasatan, kata Mohamed Nazri pada sesi soal jawab di Dewan Negara, Kuala Lumpur, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) yang ingin tahu status terkini RCI yang menurutnya amat dinantikan di Sabah tetapi belum diumumkan sehingga kini.

Mohamed Nazri berkata RCI itu akan turut meliputi aspek keselamatan, sosial, ekonomi dan alam sekitar.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS