Azhar pula digantung hadir sidang DUN P Pinang
Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), yang gagal dalam usahanya untuk merujuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, pula telah digantung daripada menghadiri sidang dewan.
Satu usul telah dikemukakan pagi ini untuk menggantung dan merujuk A beliau kepada jawatankuasa berkenaan kerana melemparkan tuduhan semalam bahawa suatu catatan dalam H
ansard
telah "dimanipulasi".
Jagdeep Singh Deo (DAP-Dato Keramat, kiri), yang merujuk kepada Perintah Tetap 34 (4) dan 34 (9) ketika membentangkan usul tersebut itu, berkata Azhar telah menghina Dewan dan speaker.
Azhar dan 10 ADUN BN yang lain tidak berada di dalam Dewan pagi ini.
Speaker Abdul Halim Hussain membaca usul tersebut yang disokong sebulat suara oleh semua ADUN Pakatan Rakyat yang hadir.
Azhar (kiri) kemudian digantung dari sidang Dewan berberkuatkuasa serta-merta, dengan jawatankuasa berkenaan akan menentukan tempoh penggantungan tersebut. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Azhar berkata beliau tidak akan menghadiri Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN kerana telah hilang kepercayaan terhadap DUN.
"Biar rakyat menilai tindakan mereka, tak ada guna untuk saya hadir ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu kerana saya telah ada pengalaman, apa sahaja kita jawap kita tetap dipersalahkan," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Azhar berkata, beliau menyebut perkataan verbatim (pencatat persidangan) "boleh" dimanipulasikan dan bukannya telah dimanipulasikan kerana verbatim boleh melakukan kesilapan ketika membuat catitan.
DUN hari ini memutuskan Azhar digantung daripada menghadiri persidangan DUN kerana kenyataannya semalam telah menghina kemuliaan dewan, speaker dan petugas DUN apabila menyebut bahawa catatan persidangan (verbatim) boleh dimanipulasi.
Azhar sebelum ini pernah digantung daripada menghadiri persidangan DUN selama enam bulan pada 17 Ogos 2010 kerana menggunakan perkataan ‘13 Mei’ ketika pertikaman lidah dengan ketua menteri pada persidangan itu.

