Pemuda PAS menyifatkan insiden ugutan melalui pengeposan peluru kepada ketua unit amalnya semalam terhasil daripada kurangnya ketegasan pihak berkuasa di dalam menangani kes-kes sebegini.

Malah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya dewan itu Mohd Sany Hamzan, ia sering juga dianggap sebagai kes terpencil.

NONE Oleh itu, jabatan pilihan raya Pemuda PAS meminta supaya pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas keselamatan rakyat dalam negara ini melakukan siasatan menyeluruh dengan kadar segera...," katanya.

Mohd Sany berkata, polis juga mesti mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang dilihat 'cukup berani' mengambil tindakan di luar konteks undang-undang.

Dalam kenyataanya hari ini, Mohd Sany juga melahirkan rasa kesalnya kerana masih ada orang yang berfikiran sempit yang merasakan diri mereka lebih berkuasa daripada undang-undang.

Harakahdaily

semalam melaporkan Ketua Pengarah Unit Amal PAS Juhari Osman sebagai mendakwa menerima peluru bersama surat ugutan bunuh yang diposkan ke rumahnya di Melaka.

Johari tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu ekoran peranannya mengetuai 4,000 anggota Unit Amal dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Menurut Johari, beliau