Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN demo mansuh tol Batu Tiga, Sg Rasau
Diterbitkan:  May 11, 2012 10:47 AM
Dikemaskini: 12:39 PM

Lebih 200 ahli Umno dan BN hari ini mengadakan perhimpunan aman di plaza tol Sungai Rasau di Shah Alam bagi menggesa kerajaan memansuhkan kutipan tol di situ serta di tol Batu Tiga di Shah Alam.

    

Timbalan Ketua Umno Bahagian Shah Alam Zulkurnain Md Ruslan berkata majoriti penduduk di Shah Alam menyifatkan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan sebaliknya dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang dan sebaliknya merupakan satu bebanan kepada penduduk terutama berpendapatan rendah.

"Kebanyakan pengguna warga Shah Alam yang bertugas sama ada di Petaling Jaya ataupun Kuala Lumpur, setiap hari perlu membayar tol RM4.20 untuk perjalanan pergi balik," katanya kepada pemberita di Shah Alam.

    

Zulkarnain berkata pihaknya telah menghantar memorandum kepada kerajaan pusat pada Jun lepas meminta agar dipertimbangkan permintaan supaya kutipan tol Plaza Tol Batu Tiga dan Plaza Tol Sungai Rasau di Shah Alam dimansuhkan.

    

Beliau yang juga Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) BN Batu Tiga, berkata pihaknya dimaklumkan memorandum itu sedang dalam perhatian Kementerian Kerja Raya selepas dihantar hampir setahun lepas.

Katanya kedua-dua tol terbabit telah beroperasi lebih 20 tahun dan sudah pasti pemilik konsesi sudah dapat mengutip balik pelaburan mereka.

    

Kumpulan itu mengadakan bantahan aman selama sejam di plaza tol Sungai Rasau menghala ke Kuala Lumpur di Shah Alam bermula kira-kira pukul 11 pagi dan mendapat sambutan pengguna lebuh raya berkenaan yang kebanyakannya membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

- Bernama

ADS