mk-logo
Berita
Umno P Pinang kutuk 'upacara pengebumian' PERKASA

Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan sekumpulan anggota kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengadakan "upacara pengebumian" di luar kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng Khamis lalu.

Datuk Zainal Abidin Osman, penang umno chief Pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin sman berkata parti itu tidak bersetuju dengan tindakan PERKASA itu.

Khamis lalu, kira-kira 30 anggota PERKASA mengadakan "upacara pengebumian" di depan rumah Lim bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.

Diketuai Ketua Wira PERKASA Risuan Asuddin, mereka berkumpul di depan rumah Lim di Jalan Pinhorn sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan "kematiannya" kepada masyarakat Melayu.

Kumpulan itu berkumpul kira-kira 15 minit bagi meluahkan tindakan Lim yang didakwa mengabaikan masyarakat itu sebelum bergerak beramai-ramai ke pejabat ketua menteri di Komtar.

NONE Bercakap selepas mesyuarat jawatankuasa BN negeri hari ini, Zainal berkata tindakan tersebut tidak diiktiraf dan tidak dipersetujui oleh Umno negeri.

Beliau yang juga bekas ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, Umno dan PERKASA adalah berbeza kerana Umno parti politik dan PERKASA pula sebuah NGO.

Zainal juga menegaskan bahawa berpolitik ada hadnya dan Umno tidak bersetuju jika keluarga dan kediaman dicerobohi.

[Baca berita penuh]    

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini