Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Setiausaha Hadi pertikai interbiu 'basi' The Star
Diterbitkan:  May 21, 2012 6:39 PM
Dikemaskini: 1:37 PM

Setiausaha politik presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertikaikan tindakan akhbar The Star menyiarkan semula wawancara "basi" yang menyatakan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Sedangkan, Abdul Hadi telahpun menjelaskan keputusannya itu dan sedia bertanding, selepas mesyuarat PAS pusat memutuskan demikian, kata Ahmad Samsuri seperti dipetik Harakahdaily .

"Ia adalah berita basi dan sudah boleh dianggap tertinggal zaman," laporan itu dipetik.

Ahmad Samsuri berkata dalam laporan itu menyatakan bahawa wawancara tersebut diadakan pada 3 April lalu, tetapi hanya disiarkan satu muka surat penuh semalam.

"Laporan ini amat memeranjatkan banyak pihak khasnya kepimpinan PAS, bagaimana isu yang sudah lama selesai tiba-tiba timbul kembali.

"Inilah bagi saya akhbar yang tertinggal zaman dan sampai sekarang saya tidak faham kenapa wawancara yang berjalan hampir dua bulan lalu baru disiarkan oleh The Star ," kata Samsuri yang mempersoalkan kredibiliti akhbar tersebut.

Katanya, Abdul Hadi sememangnya bersikap demikian, dua bulan lalu namun keadaan itu berubah selepas keputusan mesyuarat PAS, seminggu selepas tarikh wawancara tersebut.

ADS