Gerakan mahasiswa bidas Bush atas layanan tahanan Iraq
Sebuah pertubuhan mahasiswa hari ini telah mengadakan satu perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi untuk membantah tindakan kejam Amerika Syarikat ke atas tahanan rakyat Iraq di Penjara Abu Ghraib .
Sebuah pertubuhan mahasiswa hari ini telah mengadakan satu perhimpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi untuk membantah tindakan kejam Amerika Syarikat ke atas tahanan rakyat Iraq di Penjara Abu Ghraib .
Perhimpunan yang dianggotai semaia 30 orang itu, yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), turut menyampaikan satu memorandum kepada pihak Amerika Syarikat.
Perhimpunan ini dianggotai oleh Majlis Persidangan Mahasiswa Islam ( MPMI) , Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Gerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik Malaysia (DEMA), Universiti Bangsar Utama (UBU), Pusat Sumber dan Latihan Perundangan-Undangan Pelajar (ISREC), Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) .
Menurut jurucakap SMM, mereka membantah keras dengan tindakan Amerika yang ganas, kejam serta tidak berperikemanusiaan ke atas tahanan rakyat Iraq di Penjara Abu Ghraib.
GMM turut menuntut supaya masyarakat memandang serius dan meminta tindakan wajar diambil bagi menghalang pencabulan, pembunuhan ,perampasan dan kezaliman yang dilakukan oleh Amerika ke atas Iraq.
"Kerajaan Amerika Syarikat telah menyalahgunakan kuasa mereka ke atas tahanan rakyat Iraq, mereka telah mencabul hak asasi manusia. Kami menuntut Amerika Syarikat supaya menjalankan perlaksanaan kempen anti-keganasan dengan adil, " kata salah seorang peserta yang menyertai perhimpunan itu,
Dalam memorandum yang dihantar ke Kedutaan Amerika Syarikat , pihak SMM telah menuntut supaya Presiden George W Bush meletakkan jawatan berikutan dengan kegagalan Amerika dalam menghormati hak asasi manusia.
Istilah pengganas disalahguna
Selain itu, pihak SMM juga menuntut Amerika Syarikat supaya menjaga sensitiviti umat Islam sedunia bagi mengawal keamanan sejagat. Mereka mendakwa bahawa takrifan istilah 'pengganas' tidak sepatutnya berlegar kepada kumpulan gerakan Islam sahaja .
Berikutan itu, SMM mendesak Amerika Syarikat supaya mematuhi Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan meminta Amerika Syarikat mengembalikan semula kedaulatan negara Iraq.
Gambar dan filem yang membabitkan penyeksaan tentera Amerika ke atas tahanan Iraq di Penjara Abu Ghraib tempoh hari telah menimbulkan perasaan marah dari masyarakat dunia.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.