Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman terhadapnya atas alasan beliau bukan merupakan pihak kepada prosiding undang-undang berkaitan dengan perintah sekatan melarang perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada 22 Mei lalu, Anwar didakwa di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta tersebut bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Badrul Hisham Shaharin kerana menyertai perhimpunan 28 April dan melanggar perintah mahkamah.

Permohonan tersebut difailkan hari ini oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar . [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam permohonannya hari ini, Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan tidak sah kerana Majistret Zaki Ashraf itu tidak menamakannya di dalam perintah itu.

Beliau mendakwa perintah yang dikeluarkan majistret itu tidak pernah diwartakan dan dilampirkan di tempat-tempat yang berkebolehan bagi orang awam mengetahui mengenai perintah itu mengikut Seksyen 90(2) Kanun Acara Jenayah.

   

Anwar mendakwa prosiding terhadapnya berhubung kedua-dua pertuduhan itu juga adalah tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

ADS