MIC bersetuju untuk meneliti tuntutan kumpulan yang menganjurkan mogok lapar yang mahu parti itu memulangkan tiga ekar tanah milik SJK (T) Ladang Effingham di Bandar Utama, Petaling Jaya.

saravanan kl draft plan 220808 01 Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan (kanan) berkata parti itu

mahu mereka menghentikan mogok lapar tersebut dan memberitahu mereka bahawa kepimpinan parti itu akan menyelesaikan perkara tersebut.

Katanya, perkara itu akan dibawa kepada kepimpinan parti untuk mencari situasi menang-menang demi faedah terbaik masyarakat India.

Saravanan berjanji mendedahkan kepada umum petang Khamis ini dokumen-dokumen yang berkaitan dengan perkara membabitkan tanah sekolah tersebut.

Beliau memberitahu pemberita demikian ketika meninjau pancutan air pelbagai warna di Jalan Tun Sambanthan, di mana lima orang yang menyertai kempen SJK (T) Ladang Effingham, mengadakan mogok lapar sejak Sabtu lepas.

Mogok lapar itu adalah inisiatif Pasukan Bertindak Pulangkan Tanah Effingham (Reflax), yang terdiri daripada ahli alumni sekolah berkenaan, ibubapa dan guru-guru yang menuntut MIC memulangkan tiga ekar tanah milik sekolah tersebut.

Mereka berkata tanah tersebut telah diperuntukkan untuk sekolah itu, tetapi MIC telah mengambil separuh daripada plot tersebut untuk kegunaannya sendiri.

effingham tamil school land issue 231209 srjk(t) effingham Awal bulan ini, Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC membincangkan perkara itu dan memutuskan untuk menubuhkan sebuah pusat komuniti dan asrama pelajar di atas tanah berkenaan.

Pengerusi Reflax, G Manivanan pula berkata bantahan itu akan diteruskan.

"Bagi mogok lapar tersebut, saya telah bincang dengan lima peserta terbabit dan sebagai pengerusi, saya bersetuju dengan mereka bahawa kita akan teruskan mogok lapar tersebut," kata Manivanan.

Beliau juga menggesa MIC supaya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memulangkan tanah tersebut demi pendidikan Tamil dan mereka yang membantah.

Turut hadir hari ini ialah Subang MP R Sivarasa, yang memantau keadaan kerana sekolah itu terletak dalam kawasan parlimennya.

Sivarasa berkata kerajaan Selangor perlu memperuntukkan tapak alternatif untuk asrama MIC, yang akan mempercepatkan pemulangan tanah tiga ekar itu kepada pihak sekolah untuk pembangunan selanjutnya.

"Kita boleh mewujudkan keadaan di mana sekolah mendapat tanah dan MIC juga mendapat tanah untuk asrama yang mahu dibinanya," katanya.

[Baca berita penuh]