Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mungkin akan memaksa beberapa syarikat berkaitan untuk menyediakan lesen pembalakan, sekiranya semua usaha lain gagal.

logging Pesuruhjaya Jannie Lasimbang berkata, Akta Suhakam 199 memberikan ruang kepada mereka untuk mensepina syarikat berkaitan supaya menyediakan dokumen relevan yang diperlukan bagi menyimpulkan laporannya.

"Kita akan menghabiskan inkuiri pusingan terakhir di Sabah untuk dua minggu bermula minggu depan. Selepas selesai, kita akan meneliti dokumen diserahkan dan semak apa yang hilang.

NONE "Jika perlu, kami akan mensepina mereka untuk memberikan dokumen," kata Jannie ketika dihubungi Malaysiakini .

Suhakam sudah melengkapkan inkuiri nasional berhubung hak tanah Orang Asli di Sarawak pada April dalam keadaan menghadapi masalah kerjasama dengan syarikat besar.

Lesen pembalakan penting untuk diteliti bagi mendapatkan parameter yang diberikan kepada syarikat untuk menjalankan aktiviti.

[Baca berita penuh]

ADS