BN Pulau Pinang mula meningkatkan persediaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan memalu 'genderang perang' di seluruh bahagian dan cawangan di negeri itu.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow ( bawah, berbaju putih ) berkata, mereka akan menyebarkan maklumat berhubung program dan strategi mereka secepat mungkin.

NONE "Kami juga susun beberapa pendekatan dan kaedah untuk melakukannya.

"Kita akan memanfaatkan media (termasuk 'tentera siber') dan media arus perdana," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri.

Teng juga mengumumkan keputusan melantik setiausaha BN negeri Omar Fauza sebagai pengarah pilihan raya yang akan memantau, mengkaji keberkesanan dan melaksanakan semua program dan strategi yang dirangka.

Teng juga berkata, BN negeri bertemu dan mendapatkan maklumat daripada 40 tentera siber untuk mendengar isu, respons dan serangan terhadap mereka oleh kerajaan negeri dan wakil Pakatan Rakyat.

[Baca berita penuh]