Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiga orang peserta perhimpunan BERSIH 3.0 didakwa dengan pertuduhan tambahan berhubung kesalahan merusuh, manakala seorang lagi dengan dakwaan mencederakan seorang jurukamera.

Peguam, G Rajesh Kumar, ketua cabang PKR Rasah R Thangam dan ahli PKR Farhan Ibrahim itu didakwa kerana disyaki merusuh mengikut Seskyen 147 Kanun Keseksaan.

Seorang lagi peserta perhimpunan, Safuan Mamat, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyebabkan kecederaan ke atas jurukamera TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh.

Kesemua tertuduh berkenaan meminta dibicarakan atas tuduhan berkenaan.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan tarikh 4 hingga 7 September untuk perbicaraan bagi tuduhan tambahan ke atas Safuan Mamat, dan tarikh 2 Julai untuk pendengaran kes melibatkan tiga yang lain.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS