Anak-anak Mandailing dijemput memeriahkan Perhimpunan Anak-Anak Mandailing di Dewan Seri Siantan, Batu Caves pada 14 Jun ini.

    

Perhimpunan itu, yang dijadual dirasmikan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bertujuan memperkukuhkan silaturahim komuniti itu, kata Setiausaha Persatuan Halak Mandailing Malaysia Diana Semaon Harahap hari ini.

    

"Kira-kira 1,000 anak Mandailing dijangka menghadiri perhimpunan ini. Kita juga akan membuka pendaftaran untuk anggota-anggota baru," katanya dalam kenyataan.

    

Ketua Pengarah JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) Datuk Fuad Haji Hassan dan Penaung Persatuan Halak Mandailing Malaysia Tan Sri Muhammad Muhd Taib juga akan menghadiri majlis itu.

- Bernama