Seorang pemuda, Thiagaraj Chanmukam mendakwa diserang dan kemudiannya didakwa oleh polis kerana menyaksikan satu pergaduhan.

Thiagaraj, 17 mendakwa beliau pada 4 Jun lalu menyertai satu perarakan kuil Hindu apabila beliau melihat satu pergaduhan di hadapan sebuah kafe Internet di Plaza Crystal Villa, Setapak Danau Kota.

Seorang remaja kenalannya, yang terlibat dalam pergaduhan itu, kemudiannya mendekati beliau dengan membawa sebuah beg dan memintanya membuang beg tersebut, dakwanya.

Thiagaraj kemudian mengikuti permintaan rakannya itu dan kemudiannya didekati polis yang bertanya sekiranya beliau "cike boy," dakwanya.

Thiagaraj mengakui bahawa itu merupakan nama gelarannya dan polis kemudian bertindak menyerangnya, dakwanya.

[Baca berita penuh]