'Tiada Team A atau B dalam BN Pulau Pinang'
Pemimpin BN Pulau Pinang menafikan dakwaan bahawa gabungan BN negeri itu berpecah kepada Team A dan B, ataupun ini dapat dilihat daripada reaksi balas pemimpinnya terhadap isu-isu seperti cadangan status pelabuhan bebas di Pulau Pinang.
Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nan (kiri) menafikan beliau mempunyai masalah bekerja dengan Pengerui BN negeri, Teng Chang Yeow.
"Jika anda bercakap tentang puak, bagaimana pula dengan DAP yang terdiri daripada kem yang berbeza (di bawah pemimpinnya)?" tegas Hock Nan selepas mempengerusikan satu mesyuarat di ibupejabat BN negeri di Pulau Pinang semalam.
"Setiausaha Agung DAP (dan Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy di satu pihak, manakala pengerusi parti itu Karpal Singh pula di pihak yang lain. Kami, dalam BN, sentiasa bekerja dalam satu pasukan. bagaimana anda boleh katakan kami mempunyai kem yang berbeza? "
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa pemimpin BN Pulau Pinang telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai cadangan pelabuhan bebas Pulau Pinang.
Apabila dimaklumkan bahawa ADUN Umno Teluk Bahang, Datuk Dr Hilmi Yahya dan Chang Yeow mempunyai perbezaan dalam komen mereka, Hock Nan menjelaskan bahawa cadangan Hilmi mengenai bahagian kastam, pemeriksaan dan kuarantin adalah sebahagian daripada pelan pelabuhan bebas itu.
Ketua Penerangan BN negeri itu, M Loga Bala (kanan) berkata cadangan pelabuhan bebas belum lagi dimuktamadkan, jadi tidak ada percanggahan dalam idea-idea yang dibangkitkan oleh kedua-dua mereka.
Loga Bala menafikan bahawa Chang Yeow tidak memaklumkan mengenai cadangan dasar beliau atau tidak memberi taklimat secukupnya kepada para pemimpin BN.
Chang Yeow, katanya, baru sahaja mengambil alih kepimpinan BN negeri, tetapi pemimpin gabungan itu memang menyedari tentang pelannya itu.
Oleh itu, tegasnya, dakwaan wujud Team A dan B itu telah diputarbelit oleh (DAP).
"Tiada benda seumpama itu. Kami bekerja (sebagai salah satu) pasukan," katanya.

