Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Cadangan untuk menyalurkan RM1.5 juta lagi kepada setiap kawasan Parlimen BN menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata ketua pembangkang.

NONE Datuk Seri Anwar Ibrahim ( gambar kiri, tidak berkaca mata ) berkata, keputusan untuk membuat pembiayaan itu dengan terang-terangan mengabaikan peraturan kewangan.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insider bahawa, ahli parlimen BN dijangka menerima jumlah itu ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya umum ke-13 selepas pengumuman Belanjawan 2013 pada 28 September depan.

Portal itu difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam ketika Najib masih berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.

Sumber dilapor mengesahkan, tiga bulan diperlukan untuk projek berkaitan dikenalpasti dan dijalankan manakala pengumuman lain ketika belanjawan, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.

[Baca berita penuh]

ADS