Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjamin bahawa pilihan raya umum tidak akan berlangsung sewaktu sebahagian besar umat Islam negara ini menunaikan haji, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, hak mengundi kira-kira 30,000 rakyat Malaysia akan dinafikan jika pilihan raya berlangsung pada masa tersebut.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man "Perdana menteri tidak harus membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya," kata Tuan Ibrahim ( kiri ).

Isu itu timbul apabila Selangorku pada 5 Jun lalu melaporkan Tuan Ibrahim sebagai meminta kesemua ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum untuk menangguh ibadah haji atas jangkaan ia akan berlangsung antara September hingga Oktober.

Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti, lapor akhbar web rasmi kerajaan Selangor itu lagi.

Gesaan itu dikritik hebat pemimpin BN yang beranggapan tindakan itu tidak wajar dan PAS didakwa menggunakan agama demi kepentingan kuasa.

Kesan pada peratusan mengundi

Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, ketiadaan jaminan itu akan menyebabkan mereka serba salah meneruskan ibadah tersebut atau menangguhkannya dahulu.

"Kalau mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya," katanya.

Namun demikian, jika pilihan raya tetap diadakan pada musim haji, ia pasti akan memberi kesan kepada peratusan mengundi dan keputusan pilihan raya.

"Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati," katanya.

NONE Dalam perkembangan berkaitan, PAS Kelantan dilapor mempertahankan gesaan meminta ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ( kanan ) berkata, ini berdasarkan kaedah hukum iaitu ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat, lapor Utusan Malaysia .