Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh telah memberi keterangan kepada panel bebas kerajaan berhubung prosedur polis menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Beliau memberitahu panel yang diketuai bekas ketua polis negara Tan Sri Hanif Omar itu bahawa polis diperintah meneruskan halangan maksimum.

azlan Peserta perhimpunan tidak dihalang daripada berarak di sekitar bandar raya, dan polis hanya bertindak mempertahankan arahan mahkamah yang menghalang Dataran Merdeka dimasuki pada hari itu.

Polis juga membuat penghadang bagi menunjukkan batasan kepada peserta dan sekiranya ia dipecahkan bermakna peserta perhimpunan berniat melakukannya, kata Hanif kepada pemberita selepas pendengaran pertama panel itu di Putrajaya hari ini.

[Baca berita penuh]