BN Pulau Pinang nampaknya sekata dengan Pakatan Rakyat berhubung isu penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang kepada tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

NONE DAP baru-baru ini melancarkan kempen mendesak supaya pelabuhan

itu dikembalikan kepada penduduk Pulau Pinang selepas kerajaan mengesahkan bahawa Syed Mokhtar (kanan) memenangi bidaan untuk pengswataannya.

Dan dalam sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menggesa kerajaan pusat supaya mengambalikan isu penswastaan itu kepada Majlis Ekonomi Negara untuk disemak semula kerana perjanjian itu belum lagi ditandatangani.

"Kami akan menghantar satu delegasi bertemu perdana menteri untuk menyuarakan pandangan kami yang dikumpul dari rakyat," katanya.

Bagaimanapun Teng segera menolak kemungkinan bersama-sama dengan DAP berhubung tersebut, dengan berkata "Kita melakukannya secara berbeza".

Apabila ditanya untuk mengesahkan pendirian BN berhubung perkara itu, Teng berkata, "anda boleh buat apa saja kesimpulan yang anda mahu" apabila ditanya sama ada pihak media boleh membuat kesimpulan bahawa gabungan itu mempunyai pendirian yang sama mengenai isu tersebut.

[Baca berita penuh]