Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anak bekas menteri dikait bekal sistem trafik udara RM128j

Anak lelaki bekas seorang menteri telah didapati terbabit dalam pembekalan sistem kawalan trafik udara berharga 26.05 juta euro (RM128.4 juta) yang didakwa mengalami kecacatan, kepada kerajaan melalui tender tertutup.

Di samping itu, rakan kongsinya dalam projek tersebut dari Itali sudahpun dibelenggu beberapa siri skandal rasuah.

Pemimpin PKR telah mendakwa bahawa sistem yang dibekalkan kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) pada 13

Disember tahun lepas mengalami kecacatan apabila tiba, tetapi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menafikannya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan sama ada ia menjadi norma kerajaan untuk menganugerahkan projek-projek penting kepada ahli keluarga menteri kabinet.

Bagi tender tertutup, hanya pihak-pihak terpilih dipelawa untuk membida bagi mendapatkan kontrak berkenaan.

NONE Sistem kawalan trafik udara telah dipasang oleh Advanced Air Traffic System (AAT) Sdn Bhd, di mana Ikhwan Hafiz Jamaludin adalah pemegang saham dan pengarah.

Ikhwan adalah anak Ahli Parlimen Rompin dan bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Jamaludin Jarjis (kanan), yang dilihat rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas tempoh perkhidmatannya itu, Jamaludin berkhidmat sebagai duta ke Amerika Syarikat, dan kini menjadi duta khas ke Amerika Syarikat bertaraf menteri.

[Baca berita penuh]

ADS