Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) hari ini melancarkan laman sosial Facebook SKUAD 1Malaysia yang akan berperanan sebagai

perantara antara anggota skuad dan agensi itu.

    

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi ketika melancarkan laman itu berkata pelancarannya juga bersempena sambutan Peringatan Hari Antidadah Antarabangsa yang akan disambut pada Ahad ini.

    

"Menerusi laman sosial itu dapat menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan kesedaran awam, pencegahan dadah, rawatan dan pemulihan serta pengesanan dan pengawasan ," katanya di Putrajaya.

    

SKUAD 1Malaysia terdiri daripada gabungan sukarelawan AADK antaranya Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah, Rakan Antidadah, Majlis Antidadah dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya.

    

Sehingga Mac lepas, sejumlah 252,128 menyertai skuad itu dan daripada jumlah tersebut 85,876 adalah golongan muda berusia antara 18 hingga 25 tahun.

- Bernama