Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Tindakan SPR sembunyi statistik mencurigakan

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang keberatan mendedahkan statistik pendaftaran pengundi baru oleh parti politik menimbulkan keraguan berhubung kesahihan daftar pemilih, kata anggota parlimen DAP Tony Pua.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara itu juga mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz cuba memperdayakan orang ramai dengan jawapan bertulisnya di parlimen.

NONE Pua ( kiri ) yang juga setiausaha publisiti DAP berkata, jawapan itu menyatakan jumlah pendaftaran pengundi oleh parti politik sejak 2008 tidak direkodkan oleh suruhanjaya itu.

"Ini menimbulkan keraguan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dalam pangkalan data pengundi," kata Pua dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Pua turut mengedarkan laporan akhbar pada 2010 yang menyebut DAP mendahului Umno dalam "perlumbaan" mendaftarkan pengundi baru.

Laporan itu juga menyebut Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said sebagai berkata, DAP mendaftarkan 9,106 pengundi pada Julai berbanding Umno sebanyak 7,230 pendaftaran.

[Baca berita penuh]

ADS