Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz menafikan membuat kenyataan bersifat "perkauman dan hasutan" terhadap Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga, tetapi sebaliknya menjelaskan bahawa beliau hanya mengemukakan soalan kepada Parlimen mengenai kemungkinan beliau dikenakan hukuman.

"Kenyataan asal saya di dalam Dewan Rakyat pada malam hari Selasa 26 Jun yang lalu jelas menyatakan: Apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepadanya?

NONE 'Kenyataan saya di atas jelas merupakan satu pertanyaan dengan

beranggapan bahawa jika benar Ambiga telah melakukan penderhakaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," tambah Mohamad Aziz dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengecam pengkritiknya, khususnya Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng kerana 'memutarbelit' ucapannya semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012.

Menurut Mohamad Aziz, beliau berucap dalam konteks keselamatan negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukunegara.

Katanya, beliau menyuarakan hak setiap rakyat yang cintakan negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka serta terhindar dari campurtangan asing dan jauh dari wujudnya unsur-unsur pengkhianatan di kalangan rakyat yang mengaku sebagai warganegara.

"Oleh yang demikian jika Ambiga dan siapa juga yang didapati melakukan pengkhianatan dan penderhakaan kepada negara mestilah dikenakan hukuman mengikut lunas undang-undang yang sedia termaktub.

"Saya menyerahkan kepada pihak Peguam Negara yang kini masih lagi menjalankan siasatan atas kejadian tersebut," katanya.

Mohamad Aziz menegaskan bahawa kes Al Maunah merupakan satu contoh kepada sikap penderhakaan dan pengkhianatan kepada negara dan Yang di-Pertuan Agong.

"DAP yang mahu Ambiga digantung. Kenyataan saya bersifat soalan dan tidak sesekali mendesak agar Ambiga digantung," tambahnya.

Beliau juga mendakwa DAP meniup api perkauman dengan mengheret kaum India di dalam isu tersebut, "sedangkan sepanjang perbahasan, saya tidak sepatah pun mengaitkan kaum India. DAP juga jahat dengan mengaitkan agama Hindu hanya kerana saya seorang Melayu dan beragama Islam.

"DAP juga sudah ketandusan isu apabila turut sama mengaitkan isu keselamatan negara dengan isu gender yang langsung tiada kaitan," tambahnya.

[Berita berita penuh]

ADS