Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dipaksa menanggalkan "baju-T yang bermasalah" yang dipakainya ketika mahu menemui anaknya di pusat tahanan di Kamunting, Perak semalam.

NONE Ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Alizah Jaafar berkata, lelaki berkenaan, Abdul Razak - bapa kepada tahanan Fadzullah - memakai baju-Tyang bertulis 'Mansuhkan ISA'.

"Seorang pegawai berpakaian biasa, yang merupakan kakitangan keselamatan kem tersebut, memberhentikan Abdul Razak selepas kami melintasi tempat pemeriksaan keselamatan pertama dan memberitahunya bahawa adalah masalah dengan baju-T tersebut.

"Kami memberitahu mereka, memandangkan ISA telah dimansuhkan, maka ia tidak sepatutnya menjadi masalah. Abdul Razak memberitahu mereka yang dia tidak ada baju lain untuk dipakai, tetapi mereka tetap bertegas," katanya ketika mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pagi ini.

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ni Abdullah, yang menerima memorandum GMI yang menggesa kerajaan membebaskan segera 45 tahanan di bawah undang-undang keselamatan, menegur perbuatan itu dan pengawal kakitangan keselamatan terbabit.

Sambil memberi amaran kepada mereka supaya menjalan tugas mengikut skop tugas mereka, Muhammad berkata, bleiau akan membawa aduan tersebut kepada pihak berkuasa apabila Suhakam melawat pusat itu minggu ini.

[Baca berita penuh]

ADS