Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar ketua biro profesional MCA, Chua Tee Yong supaya mendedahkan bukti terhadap tuduhannya berhubung dakwaan skandal RM1 bilion yang didakwanya membabitkan kerajaan negeri.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Khalid bertanya mengapa Chua tidak tampil dengan maklumat tersebut.
Menurut The Star, Chua mengancam untuk mendedahkan
skandal yang didakwanya urusan yang membabitkan RM1 bilion yang didakwanya disembunyikan melalui transaksi yang rumit.
Chua, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani turut mencabar kerajaan negeri Selangor mendedahkan semua butiran mengenai transaksi tersebut.
"Kami mempunyai sebuah pentadbiran yang telus," tegas Khalid, yang menafikan mengetahui apa-apa mengenai dakwaan Chua itu.