Bagaimana aktivis siswa berakhir dengan Umno
Diterbitkan: Jul 5, 2012 12:18 PM | Dikemas kini: Jul 5, 2012 12:21 PM
PODKAS Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang dianggap sebagai suara moderat dalam Umno bercakap berhubung latar yang membentuk idealismenya dan bagaimana bekas aktivis mahasiswa berakhir dengan perjuangan parti Melayu itu.
Saifuddin, dalam siri podkas bersama perunding media Oon Yeoh turut berkata, Umno sebenarnya lebih bersifat inklusif dan toleransi terhadap perbezaan pendapat dan beliau sebagai buktinya.
Bagaimanapun, ada masa-masanya, tambah Saifuddin lagi, beliau mendapati dirinya seakan-akan sendirian di kalangan rakan-rakan seperjuangan, oleh kerana pandangan progresif yang dipercayainya.
Dengarkan rakaman podkas 12 minit bersama anggota Parlimen Temerloh ini.

