Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya menyegerakan kes pendakwaan ke atas seorang pengurus kedai buku Borders Nik Raina Nik Abdul Aziz.

Permohonan tersebut bagi membolehkan jabatan itu menjelaskan kedudukannya kepada media dan penulis blog.

Nik Raina dituduh pada bulan lalu atas dakwan mengedarkan buku Irshad Manji, Allah, Kebebasan dan Cina.

JAWI bertindak ke atas kedai buku berkenaan pada 23 Mei, namun pengharaman ke atas buku berkenaan hanya dibuat secara rasmi oleh Kementerian Dalam Negeri pada 29 Mei.

Isu berkenaan mencetus perdebatan dan kritikan di ruang media dan blog.

Dalam satu surat bertarikh 27 Jun, JAWI menyatakan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa minat dan perdebatan umum akan menjejaskan perjalanan kes tersebut.

Surat yang ditandatangani ketua pendakwa syarie JAWI Ibrahim Deris itu turut dihantar kepada peguam Nik Raina, Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.

Nik Raina didakwa oleh JAWI memandangkan beliau merupakan seorang Islam, sedangkan beliau tidak terlibat dalam pemilihan buku untuk dijual di kedai tersebut.

Tanggungjawab itu sebaliknya dipegang oleh penolong pengurus besar (operasi dan pembarangan) Borders, Stephen Fung Wye Keong yang bukan Islam.

JAWI bagaimanapun tidak dapat mendakwa seorang bukan Islam atau sebuah syarikat di mahkamah lalu mendakwa Nik Raina.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS