Ahli keluarga bekas pekerja Ladang Bukit Jalil pekerja akhirnya dapat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung masalah perumahan mereka, selepas berkhemah di luar pejabat beliau di Putrajaya dua bulan lalu.

Najib tidak dapat memenuhi segera permintaan mereka untuk mendapatkan tanah seluas empat ekar, tetapi berjanji mereka tidak akan berdepan lagi dengan pengusiran sehinggalah beliau membuat keputusan mengenai perkara itu, walaupun tiada tarikh diberikan.

NONE Bendahari jawatankuasa bertindak Ladang Bukit Jalil, K Balakrishnan (baju oren) bersama V Santhi dan K Parasivam, menemui Najib dalam satu mesyuarat tertutup di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Turut hadir bersama perdana menteri ialah wakil Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalan Menteri, Datuk M Saravanan.

[Baca berita penuh]