Olimpik: Hartawan tawar jongkong emas untuk pasukan badminton
Seorang hartawan perlombongan Malaysia menawarkan kepada pasukan badminton negara ke sukan Olimpik, jongkong emas bernilai RM2 juta (ASS$630,000) jika membawa pulang pingat emas pertama dari sukan di London itu.
Malaysia tidak pernah memenangi pingat emas di sukan sejak mengambil bahagian pada tahun 1956, tetapi pernah memenangi dua pingat gangsa dan dua perak, semuanya dalam acara badminton, lapor
Reuters
Andrew Kam (kanan dalam gambar), seorang peminat badminton dan pengerusi Racquet Club Berhad Kuala Lumpur (KLRC), menawarkan ganjaran tambahan kepada pasukan tersebut yang sebelum telah ditawarkan 1 juta ringgit oleh kerajaan dan sebuah firma swasta untuk memenangi pingat emas.
Dalam satu kenyataan, Andrew berkata, KLRC juga mahu turut membantu menjadikan impian itu satu kenyataan.
Pemenang pingat perak sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei, yang tewas dalam perlawanan pingat emas kepada pemain terkemuka China, Lin Dan di Sukan Olimpik Beijing, menjadi sandaran utama untuk memenangi pingat emas pertama untuk negara.
[Baca berita penuh]

