Walaupun 10 orang dilihat tidak mempedulikan mangsa ragut, Tan Kim Chuan - seperti yang dirakam kamera CCTV di Rifle Range pada hari Selasa - namun empat individu lain tampil membantu wanita berusia 60 tahun itu, yang meninggal dunia kemudiannya akibat cedera di kepala.

Hari ini, keempat-empat mereka diiktiraf kerajaan negeri atas sikap "kemanusiaan" mereka dan masing-masing dianugerahkan sijil penghargaan dan wang tunai RM200.

Mereka adalah Yee Yoon Mah, Saravana Kumar, Zarolnizam Talib dan Khoo Ean Oon.

Mah, 74, orang pertama dilihat di CCTV, mengangkat tongkatnya untuk memberitahu orang lain apa yang berlaku ke atas Tan, manakala Saravana, 32, dan Zarolnizam, 37, mengangkat mangsa ke tepi jalan.

Khoo, 57, menjaga mangsa dan merawat kepalanya manakala yang lain berusaha untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.

Rakaman CCTV menunjukkan tujuh orang berjalan di situ tanpa memperdulikan Tan yang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan di rumah pangsa Rifle Range, akibat tengkoraknya retak.

Tan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang sembilan jam kemudiannya akibat kecederaan yang dialaminya itu.

NONE Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang menyampaikan sijil dan wang tunai

tersebut,  berkata walaupun beliau kecewa dengan sikap mereka yang tidak tergerak untuk membantu Tan, tetapi yang lain tampil berbuat demikian.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat mereka kerana membantu Tan dan sumbangan kepada masyarakat.

[Baca berita penuh]