Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mampu menanggung pinjaman sebanyak RM450 juta untuk tanah yang diperolehi daripada Perbadanan Menteri Besar (MBI) kerana kedudukan kewangannya bertambah baik sejak 2008.

Pua berkata, kewangan PNSB itu bertambah baik sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Selangor, selepas merekod kerugian untuk empat tahun berturut-turut sejak 2005.

Selepas mencatat kerugian RM15.6 juta pada 2008, PNSB kemudiannya merekod keuntungan sebanyak RM8 juta pada 2009, RM23.4 juta pada 2010 dan seterusnya RM28.4 juta pada 2011, kata Pua.

Pua mengulas dakwaan anggota jawatakuasa pusat MCA Datuk Chua Tee Yong bahawa langkah penstrukturan semula hutang RM392 juta yang ditanggung Talam "membebankan" keuntungan PNSB.

MBI menjual tanah di Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya dengan nilai RM450 juta kepada PNSB sebagai satu langkah untuk mendapatkan semula hutang yang ditanggung Talam.

Pua juga mendakwa tuduhan Chua ke atas PNSB memberi gambaran tidak baik ke atas kredibiliti pemimpin MCA itu.

"Bagaimana seorang akauntan berkanun dengan kelulusan daripada RMIT University boleh menuduh PNSB dipaksa menanggung hutang?," katanya yang menjelaskan langkah kewangan yang dijalankan PNSB selepas pentadbiran BN amat baik.

[Baca berita penuh]

ADS