mk-logo
Berita
Astaman pengerusi perbadanan Kampung Baru
Diterbitkan:  Jul 19, 2012 12:16 AM
Dikemaskini: 1:21 AM

Bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz, yang juga pemilik dan waris tanah Kampung Baru, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB).

Manakala Pengerusi Persatuan Anak-Anak Kampung Baru (PAKAM), Datuk Seri Matshah Safuan dilantik sebagai timbalan pengerusi dan empat wakil tuan tanah kampung itu turut menganggotai perbadanan itu.

Mereka terdiri daripada Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad, Dr Mohd Yusof Ismail, Naib Pengerusi Lembaga Pentadbiran M.A.S Kampung Baru, Shaharin Abu Hashim dan pemaju hartanah Kampung Baru, Datuk Mohd Khay Ibrahim.

Sementara itu, Mohd Khay turut dilantik sebagai pengerusi Majlis Penasihat PPKB.

    

Kesemua mereka menerima watikah pelantikan daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada majlis pelancaran PPKB dan penyampaian watikah perlantikan Lembaga Pengarah dan Majlis Penasihat PPKB di sini, malam ini.

       

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib.

Raja Nong Chik berharap mereka yang dilantik akan memberi perhatian dan mengekalkan fokus dalam membangunkan Kampung Baru dan mengutamakan perpaduan dan kesepakatan.

    

"PPKB akan menjadi pemudahcara yang diamanahkan oleh kerajaan, demi kepentingan pemilik serta pewaris tanah di Kampung Baru," katanya.

Raja Nong Chik juga berkata pemberian insentif pembangunan akan diberikan kepada pemilik dan pewaris tanah di Kampung Baru setelah mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

- Bernama

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini